Yuran Pembaharuan Lesen Memandu – Memandu merupakan satu kemahiran penting dalam kehidupan moden. Untuk memastikan keselamatan di jalan raya, adalah penting untuk sentiasa mengemaskini lesen memandu anda.
Ini termasuklah pembayaran yuran pembaharuan lesen memandu secara berkala. Dalam blog ini, kami akan terangkan dengan terperinci mengenai proses dan kepentingan pembayaran yuran pembaharuan lesen memandu di Malaysia.
Kami juga akan membincangkan kesan daripada tidak mengemaskini lesen memandu anda dengan tepat pada masanya.
Seterusnya, kami akan berikan panduan langkah demi langkah mengenai cara untuk membuat pembayaran pembaharuan lesen memandu secara dalam talian bagi memudahkan anda.
Jangan lepaskan peluang untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai pentingnya yuran pembaharuan lesen memandu dan bagaimana ia boleh mempengaruhi pengalaman memandu anda.
Jenis – Jenis Lesen Memandu

Berikut adalah jenis-jenis lesen memandu yang kami kongsikan untuk pengetahuan umum:
1. Lesen Belajar Memandu (LDL)
Lesen Belajar Memandu atau Learner’s Driving License (LDL) membolehkan seseorang belajar memandu di bawah pengawasan guru memandu di sekolah memandu. Lesen Belajar Memandu ini lebih dikenali sebagai lesen “L”.
2. Lesen Percubaan (PDL)
Lesen Memandu Percubaan atau Probationary Driving License (PDL) merupakan lesen untuk pemandu baru yang telah lulus semua prosedur pelajaran dan ujian memandu yang ditetapkan oleh pihak JPJ. Lesen percubaan ini lebih dikenali sebagai lesen “P”.
3. Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Lesen Memandu Kompeten atau Competent Driving License (CDL) adalah lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun memegang lesen lesen percubaan.
4. Lesen Memandu Konvensional
Lesen Memandu Vokasional atau nama popularnya GDL dan PSV. GDL adalah lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan komersial seperti lori dan van yang membawa muatan barang dagangan. Manakala untuk PSV, ianya adalah kenderaan perkhidmatan awam seperti bas, teksi, dan van penumpang untuk kegunaan awam.
Renew Lesen Online
Mulai 1 Februari 2024, anda boleh memperbaharui lesen memandu secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pastikan anda memuat turun aplikasi MyJPJ untuk memudahkan urusan pada masa akan datang.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar dan menggunakan aplikasi MyJPJ:
- Muat turun aplikasi MyJPJ.
- Daftar masuk dengan maklumat peribadi anda yang betul.
- No Kad Pengenalan
- Nama Pemilik
- Masukkan nombor telefon
- No rujukan: biarkan kosong
- No Siri lesen memandu: rujuk pada bahagian belakang lesen memandu anda
- (Jika anda tidak memiliki lesen memandu, ambil no rujukan di Kaunter JPJ)
- Masukkan alamat emel yang aktif. Pastikan alamat emel aktif kerana kata laluan sementara akan dihantar ke alamat emel tersebut.
- Jawab soalan keselamatan (terdapat 3 soalan).
- Selepas berjaya, semak emel anda untuk mendapatkan kata laluan sementara.
- Kembali ke aplikasi dan log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan sementara.
- Ikuti arahan seterusnya untuk menukar kata laluan kepada yang baru.
- Setelah berjaya log masuk, anda boleh menyemak butiran saman JPJ, maklumat lesen memandu, dan cukai jalan secara dalam talian.
- Fungsi untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan akan mula ditawarkan bermula 1 Februari 2024.
Renew Lesen Memandu di Kaunter JPJ
Selain mengetahui harga untuk renew lesen memandu tahun 2024, anda juga perlu faham bagaimana proses untuk renew lesen memandu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Jika anda sendiri yang pergi ke JPJ untuk renew lesen memandu, ikuti langkah-langkah berikut:
1) Hadir ke pejabat JPJ yang berdekatan.
2) Pastikan anda membawa MyKad atau pasport asal serta lesen memandu asal atau salinan.
3) Ambil nombor giliran dan tunggu giliran anda sambil menggunakan telefon bimbit.
4) Apabila tiba giliran anda, ke kaunter dan nyatakan niat untuk renew lesen.
5) Bayar harga lesen yang dikenakan, ambil lesen memandu baru bersama resit, kemudian pulang.
Bagi sesiapa yang meminta wakil seperti adik beradik atau bapa, berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan semasa renew lesen:
1) Jika transaksi diuruskan oleh wakil, MyKad atau pasport asal atau salinan pemohon diperlukan.
2) Pengenalan diri asal wakil serta lesen memandu asal atau salinan.
3) Dokumen pengenalan diri asal wakil.
4) Satu gambar berwarna dengan latar belakang putih berukuran 25mm x 32mm (untuk wakil sahaja).
5) Pasport yang masih sah (jika wakil merupakan warga asing).
Renew Lesen Pejabat Pos
Jika pejabat JPJ jauh dari rumah anda berbanding Pejabat Pos, anda juga boleh renew lesen di Pejabat Pos.
Untuk makluman, jenis lesen kereta yang boleh diperbaharui di Pejabat Pos ialah Lesen LDL dan CDL.
Namun, lesen jenis Lesen PDL (Lesen Memandu Percubaan) dan GDL (Lesen Kenderaan Barangan) masih perlu diperbaharui di Pejabat JPJ.
Berikut adalah syarat-syarat pembaharuan lesen memandu di Pejabat Pos:
- Tempoh pembaharuan hanya dibenarkan dari 1 tahun hingga 5 tahun sahaja.
- Tidak disenarai hitam.
Untuk membuat pembaharuan lesen memandu di Pejabat Pos, anda hanya perlu membawa perkara-perkara berikut:
- Kad Pengenalan
- Lesen memandu asal
- Slip lesen* (ini hanya untuk pembaharuan lesen memandu kali pertama sahaja)
Berikut adalah cara renew lesen di Pejabat Pos:
- Ambil nombor giliran dan tunggu giliran anda dipanggil.
- Setelah dipanggil, pergi ke kaunter Pos.
- Serahkan lesen memandu dan Kad Pengenalan anda kepada petugas kaunter.
- Tunggu lesen memandu anda disemak dan diproses.
- Lakukan pembayaran mengikut amaun yang dinyatakan oleh petugas.
- Bayaran termasuk caj perkhidmatan Pos sebanyak RM2.
Renew Lesen di UTC (Pusat Transformasi Bandar)
Pusat Transformasi Bandar (UTC) merupakan inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk memudahkan akses rakyat kepada pelbagai perkhidmatan agensi kerajaan dan sektor swasta.
Di dalam UTC, terdapat pelbagai agensi kerajaan yang boleh diakses oleh orang ramai, termasuklah klinik, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pos Malaysia, dan banyak lagi.
Berikut adalah senarai lokasi UTC di seluruh negara di mana anda boleh perbaharui lesen memandu anda:
- UTC Pahang, Pahang
- UTC Terengganu, Terengganu
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, Perak
- UTC KL, Kuala Lumpur
- Mini UTC Keramat, Kuala Lumpur
- Mini UTC Sentul, Kuala Lumpur
- UTC Melaka, Melaka
- UTC Johor, Johor
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah, Kedah
- Mini UTC Sungai Petani, Kedah
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching, Sarawak
- UTC Sibu, Sarawak
- UTC Miri, Sarawak
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah, Sabah
- UTC Tawau, Sabah
Anda boleh pergi ke mana-mana lokasi UTC yang disenaraikan di atas untuk memperbaharui lesen memandu anda dengan lebih mudah.
Tempoh Maksimum Pembaharuan

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa lesen memandu sekarang boleh diperbaharui untuk tempoh sehingga 10 tahun, berbanding lima tahun sebelum ini.
Beliau menjelaskan bahawa lesen yang layak diperbaharui untuk tempoh 10 tahun perlu mempunyai tempoh sah tidak melebihi satu tahun.
Tambahnya lagi, pembaharuan lesen untuk tempoh 10 tahun akan dikenakan fi istimewa, di mana bayaran bagi tahun ke-10 adalah percuma.
Loke menyatakan bahawa orang ramai yang merupakan warganegara Malaysia akan dibenarkan memperbaharui lesen mereka untuk tempoh antara satu hingga 10 tahun, tetapi hanya pembaharuan untuk tempoh 10 tahun sahaja yang akan menikmati keistimewaan bayaran percuma bagi tahun ke-10.
Inisiatif ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia. Sebelum ini, lesen memandu boleh diperbaharui setiap tahun atau maksimum lima tahun sahaja.
Harga Renew Lesen Memandu
Berikut adalah harga pembaharuan lesen memandu bagi tahun 2024 yang telah dikongsikan maklumatnya dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa:
Harga pembaharuan lesen kereta untuk tahun 2024:
- 1 tahun – RM 30.00
- 2 tahun – RM 60.00
- 3 tahun – RM 90.00
- 4 tahun – RM 120.00
- 5 tahun – RM 150.00
Manakala, harga pembaharuan lesen motosikal untuk tahun 2024 adalah seperti berikut:
- 1 tahun – RM 20.00
- 2 tahun – RM 40.00
Ini merupakan harga pembaharuan lesen memandu bagi kenderaan seperti kereta dan motosikal untuk tahun 2024.
Bagi kenderaan jenis kereta, harga pembaharuan lesen boleh diperoleh dari tempoh 1 tahun sehingga 5 tahun, sementara bagi kenderaan jenis motosikal, hanya tempoh 1 tahun hingga 2 tahun sahaja yang tersedia.
Jika anda ingin mendapatkan senarai penuh harga pembaharuan lesen memandu bagi tahun 2024 yang dikeluarkan oleh pihak JPJ, anda boleh merujuk kepada jadual harga lesen memandu yang disediakan.
| JENIS LESEN | KADAR BAYARAN WARGANEGARA (RM) | KADAR BAYARAN BUKAN WARGANEGARA (RM) | TEMPOH |
| LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL) | |||
| 1. Kelas A/A1 | 2.00 | – | 1 tahun |
| 2. Kelas B2 (tunggal)/B/C | 20.00 | 60.00 | 1 tahun |
| 3. Kelas D/E/F/G/H/I | 30.00 | 60.00 | 1 tahun |
| LESEN PERCUBAAN (PDL) | |||
| 1. Kelas A/A1 | 2.00 | – | 2 tahun |
| 2. Kelas B2 (tunggal) | 2.00 | 120.00 | 2 tahun |
| 3. Kelas B/C | 40.00 | 120.00 | 2 tahun |
| 4. Kelas D/DA/F/G/H/I | 60.00 | 120.00 | 2 tahun |
| LESEN MEMANDU VOKASIONAL | |||
| 1. Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL)/Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau CON | 20.00 | – | 1 tahun |
| 2. Permit Memandu Antarabangsa (IDP) | 150.00 | 150.00 | 1 tahun |
| 3. Salinan Lesen Memandu | 20.00 | 20.00 | – |
| 4. Cabutan Maklumat Lesen Memandu | 10.00 | 10.00 | – |
| 5. Pindaan Maklumat Lesen Memandu | 10.00 | 10.00 | – |
| 6. Tambah Kelas Lesen Memandu | 5.00 | 5.00 | – |
| LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL) | |||
| 1. Kelas A | 2.00 | – | 3/6 bulan |
| 2. Kelas B2 (tunggal) | 2.00/4.00 | 2.00/4.00 | 3/6 bulan |
| 3. Kelas B/C | 20.00/40.00 | 20.00/40.00 | 3/6 bulan |
| 4. Kelas D dan lain-lain | 30.00/60.00 | 30.00/60.00 | 3/6 bulan |
Kesimpulan
Artikel dari Kosharga.my ini memberikan ringkasan mengenai pelbagai jenis lesen memandu yang tersedia, termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen Percubaan (PDL), Lesen Memandu Kompeten (CDL), dan Lesen Memandu Konvensional seperti Lesen Memandu Vokasional (GDL dan PSV).
Pada artikel ini juga menerangkan proses pembaharuan lesen secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ dan di kaunter JPJ, Pos Malaysia, serta Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Menteri Pengangkutan Malaysia, Loke Siew Fook, telah mengumumkan kemudahan pembaharuan lesen memandu sehingga tempoh 10 tahun dengan bayaran istimewa bagi tahun ke-10.
Selain itu, artikel ini juga menyediakan maklumat mengenai harga pembaharuan lesen bagi tahun 2024 untuk pelbagai kategori lesen memandu.






